Gila!
Bukan sebab emosi aku gila.Cuma, tangan malas mahu tulis.Berapa kali pun aku paksa untuk tulis, ia (bukan tangan,otak) tidak alah untuk berfikir dan sekaligus menghantar isyarat-isyarat dalam bentuk nukleus otak atau arus nukleus kepada tangan untuk menulis.Tidak 'sync' dalam bahasa Steve Jobs.Mendiang.
Si Bidadari kata, dia suka baca tulisan aku di blog ini.Si penulis novel yang matipula kata,"1000 rahsia akan tersurat apabila seorang lelaki mengangkat pena".Bodoh.
Aku tidak akan biarkan jiwa aku diketahui sepolosnya olehmu,sayang.
Tidak semudah itu.Cukuplah,aku tuliskan nota cinta pada bait-bait ucapan selamat malamku.
Biar itu mengisi rona malam-malam mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan