Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Muda.Sangat.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Pasca Ramadhan

Markah bukan marka ok, ramadhan kali ini, walaupun tidak penuh (keseluruhan), namun, ada peningkatan.

Sudah ada peningkatan kerana pandai sedar diri untuk ambil air untuk basahkan muka,telinga,tangan dan kaki.Lepas itu, bentang kain sejadah.

Walaupun acara perseorangan lebih dominan, baiklah tu daripada tidak ada langsung.

Cita-cita untuk berterawih tercapai. Malam pembukaan penuh gilang-gemilang.

Tinggal tunggu lagi malam terakhir iaitu esok, insyaAllah, untuk tunaikan terawih malam penutup. Tup-tup, dapat pahala penuh. Pandai buka, kena pandai tutup.

Apa pun, tidak sabar rasanya mahu beraya. Terutama, raya kedua.

Mahu tengok Hantu Bonceng.

**
Persiapan duit raya tahun ini agak short sedikit. Yang pasti, tidak ada seorang pun yang akan dapat lebih RM10.01 dan tidak kurang RM5.01.

Banyak komitmen.

Simpan duit mahu melancong sambil kahwin.Eh, kahwin sambil melancong.

Eh,mana-mana lah.

**
Teringat tazkirah ringkas kawan aku semalam.

"Cuba periksa markah puasa kita selama 26 hari ini,"

"26/26 ka, 20/26 ka, 1/26 ka, lepas itu muhasabah," tambah dia.

"Alah kalau 26/26 atau 30/30 pun geng, kena repeat juga tahun depan,"ada mamat sengal tiba-tiba bersuara.

**

Al-fatihah.

Seorang lagi sahabat beraya tanpa ayahanda tercinta syawal ini.


Tiada ulasan: