Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Muda.Sangat.

Selasa, 21 Mei 2013

Datang Belakang

Coretan terakhir Januari 2012.Hampir 1 tahun lebih tidak menulis blog.Karat bukan keparat.

Hey, sedikit kemaskini!

Transformasi diri seiring dengan tranformasi laungan kerajaan.

1.Telah berkahwin dengan gadis pilihan hati (orang kata, hati boleh memilih pasangan, tapi kelakuan belum tentu boleh mendapatkannya)
2.Gaji okay-lah,tapi elaun yang banyak (cakap-cakap orang, kaki claim.Cakap aku,pegi la mati.)
3.Kereta baru 4x4.
4.Hari-hari dapat ke Tip Of Borneo tapi tinggal part nak pergi tu je malas.
5.Mulai berjinak dengan Nasional.FM (tiada pilihan.Sama ada kamu mati melihat dinding atau halalkan saja koklea kamu untuk mendengar doktrinisasi kerajaan di saluran radio tersebut.Kurang-kurang dia ada mainkan Bruno Mars-When I was your man).
6.Naik 15kg.
7.Belum terjebak untuk ambil pusing pasal Candy Crush.
8.UMNO makin popular di kalangan pengundi Melayu.

Okay,pasal kahwin.Selepas hampir 7 bulan kahwin, foto album dan video belum dapat lagi.

Jadi, aku whatsapp (yo!) si tukang video.

"Der,,bila video nak dapat?"

"Aku tengah outstation ni.Jihad..."balas si tukang video.Semangat pasca PRU-13.

"Ok.Kalau kau nak syahid pun,video tu upload dulu"

Geram.

Tiada ulasan: