Markah bukan marka ok, ramadhan kali ini, walaupun tidak penuh (keseluruhan), namun, ada peningkatan.
Sudah ada peningkatan kerana pandai sedar diri untuk ambil air untuk basahkan muka,telinga,tangan dan kaki.Lepas itu, bentang kain sejadah.
Walaupun acara perseorangan lebih dominan, baiklah tu daripada tidak ada langsung.
Cita-cita untuk berterawih tercapai. Malam pembukaan penuh gilang-gemilang.
Tinggal tunggu lagi malam terakhir iaitu esok, insyaAllah, untuk tunaikan terawih malam penutup. Tup-tup, dapat pahala penuh. Pandai buka, kena pandai tutup.
Apa pun, tidak sabar rasanya mahu beraya. Terutama, raya kedua.
Mahu tengok Hantu Bonceng.
**
Persiapan duit raya tahun ini agak short sedikit. Yang pasti, tidak ada seorang pun yang akan dapat lebih RM10.01 dan tidak kurang RM5.01.
Banyak komitmen.
Simpan duit mahu melancong sambil kahwin.Eh, kahwin sambil melancong.
Eh,mana-mana lah.
**
Teringat tazkirah ringkas kawan aku semalam.
"Cuba periksa markah puasa kita selama 26 hari ini,"
"26/26 ka, 20/26 ka, 1/26 ka, lepas itu muhasabah," tambah dia.
"Alah kalau 26/26 atau 30/30 pun geng, kena repeat juga tahun depan,"ada mamat sengal tiba-tiba bersuara.
**
Al-fatihah.
Seorang lagi sahabat beraya tanpa ayahanda tercinta syawal ini.
Sabtu, 27 Ogos 2011
Isnin, 8 Ogos 2011
Provokasi
http://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com
Baca,nilai sendiri dan diskusi.Jangan melatah kepada konklusi dahulu.
Baca,nilai sendiri dan diskusi.Jangan melatah kepada konklusi dahulu.
Ahad, 7 Ogos 2011
Hujung Minggu
Perubahan yang dirancang,walaupun bergerak perlahan,ada juga prestasi.
Masih banyak yang perlu dicapai dan banyak juga yang telah dicicir.Peningkatan diri.Cuma,badan ni pula yang makin susut.Ke gym,malas.
Hari ini,misalnya, baru kali kedua keluar dari bilik tidur.Seharian di bilik tidur,Main bola.
Apa pun,malam ini ada alasan untuk keluar tengok bola.
Selamat berbuka buat semua.
Masih banyak yang perlu dicapai dan banyak juga yang telah dicicir.Peningkatan diri.Cuma,badan ni pula yang makin susut.Ke gym,malas.
Hari ini,misalnya, baru kali kedua keluar dari bilik tidur.Seharian di bilik tidur,Main bola.
Apa pun,malam ini ada alasan untuk keluar tengok bola.
Selamat berbuka buat semua.
Rabu, 3 Ogos 2011
Selasa, 2 Ogos 2011
Kurma
Bapa aku demam.
Tak jadi minta ihsan dia tolong belikan tiket belon.
Yang jadi,beli kurma petang ini.
Hehe.
Belon = kapal terbang
Tak jadi minta ihsan dia tolong belikan tiket belon.
Yang jadi,beli kurma petang ini.
Hehe.
Belon = kapal terbang
Al-Kausar
Beberapa bulan tidak kembali ke gelanggang arena kemasjidan,tiada perubahan signifikan yang aku rasakan.Sejadah masih sejadah yang lama.Cuma,pungutan bulanan hasil kutipan tabung masjid konsisten sekitar RM4000 tolak tambah.
Masjid adalah jantung atau nadi sesebuah kawasan (sepatutnya bertindak sebegitu) yang menjadi mangkin atau mempengaruhi kehidupan manusia yang tinggal di sekelilingnya.Zaman Nabi SAW dahulu, masjid merupakan institusi terpenting di mana ia menjadi Pusat Pentadbiran negara.Contohnya,Putrajaya Darul Moden,Serambi Mahathir,Pak Lah dan Najib di mana ciri-ciri utama binaannya adalah bumbung berbentuk kubah masjid dan kebetulan,berhampiran dengan Masjid Putrajaya yang elegan.
Memori aku bersama masjid ini ibarat 'hanya jauhari mengenal manikam'.Tempat aku membesar di mana rumah nenek aku betul-betul di hadapan masjid ini.Di sinilah aktiviti-aktiviti kampung aku berlangsung.Main guli,layang-layang,bola tanah,bola sepak,curi kelapa,main kompang,berzanji,main tapak (pemain dikehendaki untuk menghentak tangan ke lantai untuk menterbalikkan timbunan kadbod bersaiz kecil),biji getah,merokok dan banyak lagi aktiviti lain.
Sesungguhnya,diakui,masjid ini yang sudah berusia lebih 35 tahun ini banyak menyumbang kepada pembentukkan sahsiah dan siasah penduduk kampung.
Tahun 1996,semasa kejadian Ribut Tropika Greg membadai pesisir laut Pantai Barat dan Pedalaman Sabah, penduduk kampung lari meninggalkan rumah masing-masing (yang majoritinya bertongkatkan tiang beroti di laut) untuk berteduh di masjid ini.Sungguhpun ada di antara mereka yang bukan beragama Islam,namun,tetap check-in di masjid ini kerana beranggapan tentera Tuhan seperti angin tidak akan berani membadai masjid.
Ada benar juga teori mereka itu,atau,hanya kebetulan.
Entah mengapa,saban tahun,setiap kali tiba Ramadhan,sambutan amat luar biasa sekali.Meriah dengan riuh-rendah kanak-kanak yang riang bermain mercun.Tidak ketinggalan,poser-poser kampung yang berkeliaran.
Kehadiran kanak-kanak sedikit menganggu keselesaan jemaah yang hadir kerana riuh-rendah yang mereka hasilkan.Pihak Pengurusan Masjid telah bersetuju melantik kutu kampung otai si Nazi menjadi pemerhati kanak-kanak ini.Diherdiknya budak-budak ini disuruh balik sekiranya buat bising masa orang tengah solat.Dia solat kemudian.Lagipun,sunat tarawih saja.Kalau ada jemaah yang terkial-kial mencari tempat,dia akan secara automatis bertindak menjadi usher.Dia akan angkat tangan untuk bagi signal yang tempat dia tunjuk itu,kosong.Lepas itu,dia akan pusing kawasan untuk cari rokok.
Itulah antara pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan.Entah objektif mereka menurunkan kadar kecurian selipar berjaya atau tidak.Sudahlah malam tadi aku terbawa selipar ipanema ke masjid..Cerita lain.
Apa pun,siri-siri pergaduhan harus ditangani dengan serius oleh Pihak Pengurusan Masjid kerana orang ramai adalah satu-satunya sumber kewangan untuk menguruskan masjid di samping sumbangan korporat dan kerajaan.Aku cadangkan dengan tabung berpuluh ribu itu,dibuat program-program macam muay thai,boxing,gimnasium et cetera.
Untuk makluman,Tan Sri TPM pernah ziarah masjid ini dan umum peruntukkan 10 juta untuk modenkan masjid ini.Cerita peruntukkan ni pun macam-macam cerita.Tahulah,peruntukkan orang politik.
Jadi,lepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini,masjid akan diroboh untuk bagi laluan kepada projek pembangunan masjid.Jadi lubuk ekonomi lah pula.
Yang pasti,masjid berubah wajah.Azan pula bakal tidak didengar untuk tempoh yang lama.Kalau ribut tropika/bencana alam membadai,mahu lari ke mana?
Nampaknya,al-kausar penduduk kampung akan hilang untuk tempoh masa yang lama.
Wisel Penamat
Rumput padang,1 try,air kosong campur sisa protein shake 1 malam,laksa masam,martabak jawa,1 batang Dunhill,nasi lauk ayam dan daging,bakteria di badan.
Aku harap esok lebih baik dari semalam.
Isnin, 1 Ogos 2011
Separuh Masa 2
Kedengaran di luar bilik pejabat,mesin ketuk kad berbunyi bertubi-tubi.
Maksudnya,bebas dari sistem diktator yang telah penjara jiwa aku dari 7.30 pagi - 4.45 petang.
Pun begitu,hari ini aku berjaya tonton habis 1 buah filem di atas meja pejabat aku.
Puas hati.
Oh Tuhan,permudahkanlah mingguku ini.
Amin.
Separuh Masa 1
Baru 4 jam kau puasa.Itupun,baru 2 jam kau bangkit lepas melantak sahur malam tadi,sudah kau gegak-gempita alam dengan lagu raya.
Bagi semangat atau perli,itu lubag kubur kau.*ketawa*
Dari sudut pejabat aku ini,aku cuma dapat sumpah-seranah waktu yang berjalan perlahan.
Masa-masa macam inilah aku perlu ke mesyuarat,lawatan tapak dan sekian-sekian untuk buang masa.
Bukan terperap depan skrin tonton cerita hantu Thai atau memohon kerja di United Kingdom.
Oklah,sudah datang ide.
Mahu pohon jawatan pegawai di unit FLOM.
Bagi semangat atau perli,itu lubag kubur kau.*ketawa*
Dari sudut pejabat aku ini,aku cuma dapat sumpah-seranah waktu yang berjalan perlahan.
Masa-masa macam inilah aku perlu ke mesyuarat,lawatan tapak dan sekian-sekian untuk buang masa.
Bukan terperap depan skrin tonton cerita hantu Thai atau memohon kerja di United Kingdom.
Oklah,sudah datang ide.
Mahu pohon jawatan pegawai di unit FLOM.
Puasa
Aku ada cita-cita.
Sempurna 30 hari ni,cita-cita aku tercapai.
Tapi,buat janji dengan Tuhan pun tak guna.
Sebab Tuhan tahu,manusia suka mungkir.
Sempurna 30 hari ni,cita-cita aku tercapai.
Tapi,buat janji dengan Tuhan pun tak guna.
Sebab Tuhan tahu,manusia suka mungkir.
Langgan:
Catatan (Atom)