Isnin, 19 Disember 2011
kain sarung mak janda
Banyak cerita yang aku mahu sajikan.Lebih-lebih lagi menjelang tahun baru bakal mendatang.Kata orang (filem,husin catur,trash etc) tahun 2012 dunia akan kiamat!
Itulah, banyak sangat hidu gam jebsen.Sekarang 2011 tiada dinosaur pun dia masih mahu ke petrosains.Cerita lain.
Apa pun aku harus kembali ke 'pangkal jalan' penulisan.Dalam posisi aku sekarang ini, penumpuan banyak terarah kepada pembacaan,penulisan dan pemikiran kritis lagi kreatif.Aku sudah mulai menjadikan pejabat aku sebagai perpustakaan.Selain itu, rencam kerja aku ni perlukan skill dewata raya langit ke-7 dia fadhilla untuk menipu,menyogok dan menggoda (sunat,janji dan perasaan).
Siri-siri penulisan aku pernah digiatkan sekitar tahun 2007-08 untuk menghadapi persediaan menyiapkan testis* ilmiah pertama dalam hidup aku. Purata nilai gred kumilatif berhasil mendapat A- dan daripada situ, timbul di benak untuk menggunakan kaedah yang sama untuk survive dalam dunia pengurusan korporat.
Lagipun, 2012 bukan main-main.PRU bakal menyaksikan 'biggest upset' sekaligus merubah landskap politik di Malaysia.Maka,aku perlu sediakan resolusi dan road map 5 tahun aku dari sekarang.
Tapi,sebelum itu,aku mahu mulakan kempen kecil aku di dunia blog ini iaitu, 1KEBAIKAN,1HARI.
Cuma lakukan 1 kebaikan sahaja untuk setiap hari dan galakkan orang di sekeliling kita lakukan benda yang sama.Undang-undangnya mudah, jangan tidur selagi kamu tidak lakukan kebaikan untuk hari itu.Kebaikan itu mestilah berunsurkan memberi lebih baik daripada menerima dan meninggalkan bekas di hati penerima apatah lagi si pemberi
Tidak susah,kan?
*testis - tesis yang dicetak hasil tesis orang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan