Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Muda.Sangat.

Rabu, 2 November 2011

Muammar

Tabik Abang Besar!
Kau gugur di tangan-tangan yang kau hamparkan segantang beras, secupak gandum dan berkati-kati bijiran.
Kau gugur pada jasad yang kau lindungkan dengan rumah-rumah percumamu.
Kau gugur pada tulang belulang yang kau rawati dengan pakar-pakarmu.
Dengan program perkahwinan dan subsidi percumamu.

Sayangnya,
Rakyatmu dirodok tangan halus.
Rakyatmu diperdaya rasukan halus.
Rakyatmu dilalai dengan janji halus.

Tabik Abang Besar!
Tidak lari bak sang pengecut.
Tetap teguh di tanah tumpah darahmu.
Kau hacut sang tangan-tangan halus.

Sayangnya,
Demi rakyatmu,kau korbankan jua nyawamu.
Biar rakyatmu tahu,
Apa itu Iraq,Palestin,Mesir dan Afghanistan!

Tabik Abang Besar,
Matimu berdiri namun tidak sesekali hidup melutut!

Yusmir Yusop
2 November 2011 

Tulis

Gila!

Bukan sebab emosi aku gila.Cuma, tangan malas mahu tulis.Berapa kali pun aku paksa untuk tulis, ia (bukan tangan,otak) tidak alah untuk berfikir dan sekaligus menghantar isyarat-isyarat dalam bentuk nukleus otak atau arus nukleus kepada tangan untuk menulis.Tidak 'sync' dalam bahasa Steve Jobs.Mendiang.

Si Bidadari kata, dia suka baca tulisan aku di blog ini.Si penulis novel yang matipula  kata,"1000 rahsia akan tersurat apabila seorang lelaki mengangkat pena".Bodoh.

Aku tidak akan biarkan jiwa aku diketahui sepolosnya olehmu,sayang.

Tidak semudah itu.Cukuplah,aku tuliskan nota cinta pada bait-bait ucapan selamat malamku.

Biar itu mengisi rona malam-malam mu.