Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Muda.Sangat.

Selasa, 2 Ogos 2011

Al-Kausar


Beberapa bulan tidak kembali ke gelanggang arena kemasjidan,tiada perubahan signifikan yang aku rasakan.Sejadah masih sejadah yang lama.Cuma,pungutan bulanan hasil kutipan tabung masjid konsisten sekitar RM4000 tolak tambah.

Masjid adalah jantung atau nadi sesebuah kawasan (sepatutnya bertindak sebegitu) yang menjadi mangkin atau mempengaruhi kehidupan manusia yang tinggal di sekelilingnya.Zaman Nabi SAW dahulu, masjid merupakan institusi terpenting di mana ia menjadi Pusat Pentadbiran negara.Contohnya,Putrajaya Darul Moden,Serambi Mahathir,Pak Lah dan Najib di mana ciri-ciri utama binaannya adalah bumbung berbentuk kubah masjid dan kebetulan,berhampiran dengan Masjid Putrajaya yang elegan.

Memori aku bersama masjid ini ibarat 'hanya jauhari mengenal manikam'.Tempat aku membesar di mana rumah nenek aku betul-betul di hadapan masjid ini.Di sinilah aktiviti-aktiviti kampung aku berlangsung.Main guli,layang-layang,bola tanah,bola sepak,curi kelapa,main kompang,berzanji,main tapak (pemain dikehendaki untuk menghentak tangan ke lantai untuk menterbalikkan timbunan kadbod bersaiz kecil),biji getah,merokok dan banyak lagi aktiviti lain.

Sesungguhnya,diakui,masjid ini yang sudah berusia lebih 35 tahun ini banyak menyumbang kepada pembentukkan sahsiah dan siasah penduduk kampung.

Tahun 1996,semasa kejadian Ribut Tropika Greg membadai pesisir laut Pantai Barat dan Pedalaman Sabah, penduduk kampung lari meninggalkan rumah masing-masing (yang majoritinya bertongkatkan tiang beroti di laut) untuk berteduh di masjid ini.Sungguhpun ada di antara mereka yang bukan beragama Islam,namun,tetap check-in di masjid ini kerana beranggapan tentera Tuhan seperti angin tidak akan berani membadai masjid.

Ada benar juga teori mereka itu,atau,hanya kebetulan.

Entah mengapa,saban tahun,setiap kali tiba Ramadhan,sambutan amat luar biasa sekali.Meriah dengan riuh-rendah kanak-kanak yang riang bermain mercun.Tidak ketinggalan,poser-poser kampung yang berkeliaran.


Kehadiran kanak-kanak sedikit menganggu keselesaan jemaah yang hadir kerana riuh-rendah yang mereka hasilkan.Pihak Pengurusan Masjid telah bersetuju melantik kutu kampung otai si Nazi menjadi pemerhati kanak-kanak ini.Diherdiknya budak-budak ini disuruh balik sekiranya buat bising masa orang tengah solat.Dia solat kemudian.Lagipun,sunat tarawih saja.Kalau ada jemaah yang terkial-kial mencari tempat,dia akan secara automatis bertindak menjadi usher.Dia akan angkat tangan untuk bagi signal yang tempat dia tunjuk itu,kosong.Lepas itu,dia akan pusing kawasan untuk cari rokok.

Itulah antara pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan.Entah objektif mereka menurunkan kadar kecurian selipar berjaya atau tidak.Sudahlah malam tadi aku terbawa selipar ipanema ke masjid..Cerita lain.

Apa pun,siri-siri pergaduhan harus ditangani dengan serius oleh Pihak Pengurusan Masjid kerana orang ramai adalah satu-satunya sumber kewangan untuk menguruskan masjid di samping sumbangan korporat dan kerajaan.Aku cadangkan dengan tabung berpuluh ribu itu,dibuat program-program macam muay thai,boxing,gimnasium et cetera.

Untuk makluman,Tan Sri TPM pernah ziarah masjid ini dan umum peruntukkan 10 juta untuk modenkan masjid ini.Cerita peruntukkan ni pun macam-macam cerita.Tahulah,peruntukkan orang politik.

Jadi,lepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini,masjid akan diroboh untuk bagi laluan kepada projek pembangunan masjid.Jadi lubuk ekonomi lah pula.

Yang pasti,masjid berubah wajah.Azan pula bakal tidak didengar untuk tempoh yang lama.Kalau ribut tropika/bencana alam membadai,mahu lari ke mana?

Nampaknya,al-kausar penduduk kampung akan hilang untuk tempoh masa yang lama.

Tiada ulasan: