Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Muda.Sangat.

Selasa, 3 Mei 2011

Log Kembara

Setelah bergelut dengan demam panas akibat bercakap besar kerana berjaya mengelakdemam minggu sebelum ini ataupun penjelasan lebih logika, makan durian,2 hari 2 malam.

Sungguh menyeksakan.Dapat tidur yang panjang.

Maka,2 jam 30 minit di dalam perut pesawat sebentar tadi dihabiskan dengan membaca 3 naskhah surat khabar tempatan dan majalah in-flight AirAsia 360 darjah.

Perut yang lapar kerana tidak makan sebutir nasi dalam tempoh 48 jam mewajarkan RM18 dicedok dari saku dompet walaupun sangat mahal untuk sajian nasi ayam (kosong) dan ayam yang dipotong tidak ikhlas bersama air kopi susu dalam bekas polisterina (yang mungkin sahaja dikitar semula).

Semua pun tidak dipedulikan kerana yang memberi nilai harga pada makanan tadi adalah faktanya;
1.Hidangan nasi ayam itu dijamu pada paras 33,000 kaki dari paras laut.
2.Para penghidang makanan menjalani latihan bertahun-tahun untuk memberi perkhidmatan di angkasa raya tapi berakhir dengan menjadi penjual makanan dan barangan cenderahati.
3.Perut yang lapar.

Kerusi yang sedikit rosak di bahagian tempat letak tangan tidak begitu dipedulikan kerana hanyut membaca berita tentang The Invincible yang kononnya sudah mati.Sesekali, mata mengerling ke arah pramugari yang bertugas dan membalas senyuman sekali-dua.

Sepatutnya aku duduk di kerusi bernombor 17A namun penghuni di 17B seorang nenek tua berbangsa Cina 1Malaysia yang usianya mungkin sudah 70-80 tahun.Jadi,aku mengalah untuk duduk di 17C.Kerusi lorong.Walaupun 17A pemandangan cantik.Lebih rela duduk di 17C.

Usai menikmati hidangan,terus membelek kembali helaian akhbar dan sampai ke ruangan yang paling digemari, OBITUARY.Bukan apa,untuk sentiasa mengingat mati dan melihat berapa ramai insan tersayang yang harus kita tinggalkan di saat kita 'pergi'.

Tapi,tidak ada yang lebih menyeramkan apabila melihat salah satu ruangan tersebut mempunyai persis muka tetamu di kerusi bernombor 17B.Dua tiga kali aku menoleh dalam keadaan yang menafikan.Baju pun hampir sama.

Perlahan-lahan aku menutup helaian akhbar dan cuba untuk tidur.Bermacam-macam cerita hantu asrama bermain di perakam otak.

Agaknya selepas menikmati tidur yang panjang,adalah menyalahi hukum biologi untuk tidur sebegitu pantas.

Kapten pun mengumumkan pesawat bakal mendarat dan mengarahkan semua penumpang balik ke tempat duduk masing-masing.

Mungkin kebetulan, tetamu lewat 80an di kerusi bernimbor 17B masih tetap di situ.Sedikit menggeliat kerana keletihan.

Aku selamat sampai ke tanah.Esok,kerja.

Macam biasa.Cibai.

Tiada ulasan: