Foto saya
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Muda.Sangat.

Ahad, 21 Mac 2010

Kapal Terbang

Pernah suatu ketika,aku begitu ghairah menulis di ruangan kosong ini.

Mulai berahi sehari-hari menumpu kudrat dan memacu idea konon,bersosial di sini dan tempat lain.

Bila ada kutu-kutu sawang yang secara percuma menampal iklan yang entah-apa-entah dalam 'dunia kecil' aku ini,tentu meluap.

Rentap pun boleh bertukar menjadi Power Rangers Hijau atau Doraemon barangkali.

Mungkin kutu sawang ni juga mengerti,bahawa,penulis yang memanggil ruangan kosong ini sebagai 'dunia kecil' beliau itu,macam kapal terbang.

Sekejap di atas,sekejap di bawah.

Maksud mereka,kutu sudah berevolusi menjadi pemalsafah.

Hek.

Tiada ulasan: